Monday 24 October 2016

GANDIK RAJA

Image result for GANDIK DIRAJA

Gandik(Pemeles)dipakai oleh Seri Paduka Agong dalam istiadat kebesaran diraja dan juga sewaktu pertabalan.Gandik diperbuat daripada emas putih bertatahkan permata berlian.Terdapat anak bulan bintang di tengah-tengahnya

Sumber :buku teks tahun 5

KERIS PANJANG DIRAJA

Image result for KERIS PANJANG DIRAJAKeris ini merupakan alat kebesaran utama dalam istiadat pertabalan.Dari hulu keris hingga ke sarungnya bersalut emas.Mata keris ini ditempa daripada besi waja yang diambil daripada sebelas bilah keris di negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Sumber :buku teks tahun 5

KERIS PENDEK DIRAJA

Image result for KERIS PENDEK DIRAJAKeris ini diperbuat daripada mata keris lama.Hulu keris ini bersarung gading yang bertatahkan emas.








Sumber :buku teks tahun 5

PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG DIRAJA

Image result for pedang keris panjang dan sundang dirajaAlat ini merupakan tiga jenis senjata Melayu lama yang diperbuat daripada mata pedang,keris panjang dan sundang zaman purbakala Keris panjang dan sundang disalut dengan perak dan terdapat ukiran pada hulu dan sarungnya.

Sumber:buku teks tahun 5

COKMAR

Image result for cokmarAlat ini merupakan dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat perang zaman dahulu.Cokmar diperbuat daripada perak.






Sumber:buku teks tahun 5


COGAN ALAM

Image result for cogan alam

Alat ini diperbuat daripada perak berupa suatu bulatan di atas hulu tongkat.Terdapat anak bulan dan bintang pada bulatan tersebut.Di sekelilingnya terdapat lambang sebelas negeri-negeri di Malaysia.Terdapat empat ekor harimau di bawahnya dan pada batangnya terdapat enam tangkai padi

sumber:buku teks tahun 5

Sunday 23 October 2016

MUSKAT

Muskat merupakan pakaian

 rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
sumber :www.muziumnegara.gov.my